JOM

SPAR

Hai, saya juga seorang pemain tenis Malaysia seperti anda!

Kita mungkin bermain atas dasar minat dan rasa gembira dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pemain tenis Malaysia, tapi kita tetap mahu pertingkat kualiti permainan tenis kita. Benar, bukan?

Kita perlukan data untuk mengukur kemajuan permainan tenis kita. Kita boleh guna aplikasi Jom Spar ini untuk jejak sejarah perlawanan-perlawanan tenis kita. Kemudian, kita boleh nilai peningkatan prestasi kita berdasarkan maklumat terkumpul itu.